Jadi Geng OKC

Friday, November 5, 2010

Reformasi PKR Sudah Gagal...


PKR sememangnya wajib bermuhasabah. Tanyalah mana-mana orang kampung, mereka akan kata PKR ini mempunyai 1001 masalah. Saya bukan nak serang PKR secara berhadapan, tapi nak mereka bermuhasabah lebih lagi daripada parti komponen PR lain. Sebab tindak-tanduk mereka sebelum ini banyak menyusahkan Pakatan Rakyat itu sendiri. Dari isu lompat parti hinggalah pemilihan parti, banyak betul masalah yang timbul. Itu belum dikira dengan kebejatan moral 2-3 orang pemimpin PKR.

Hakikatnya PKR sudah gagal untuk tawan undi bukan melayu. Sebab jelas kerana dalam aspek ketelusan dan integriti, PKR sudah tak dipercayai lagi. Ahli Parti mana yang melompat dan makan roswah, kalau tak parti ini. Ini bukan tuduhan, tapi fakta yang tak boleh dipertikaikan lagi.

Undi melayu?? Mereka jauh sekali nak dapat sebab mereka inilah yang menentang hukum ALLAH. Tengoklah kenyataan Zaid Ibrahim dan Nik Nazmi sendiri, yang terang-terangan tak nak hudud. Sedangkan Dr Tang Seng Giaw pun lebih mulia daripada mereka yang mencadangkan agar hukum islam untuk orang islam sahaja.

Inilah Hakikat Sebenar

PKR kena lebih banyak bermuhasabah kerana ianya bagus dalam sistem demokrasi, setiap orang ada haq untuk bersuara. Dan saya nak suarakan apa yang orang muda fikirkan sekarang. Mereka dah tak percaya pada PR gara-gara kesumbangan yang dilakukan oleh PKR ini sejak PRU 2008 lalu.

Tanyalah budak universiti yang pro PR..hanya 2-3 kerat yang sokong PKR. Berbanding mereka yang sokong PAS dan DAP. Inilah hakikat. Itu belum lagi tanya penduduk kg yang hanya tengok RTM dan baca Utusan sahaja. Tentu mereka iyakan pandangan saya bahawa PKR amat bermasalah. Sebab UMNO selalu menyerang mereka atas kelemahan mereka, bukannya parti lain dalam PR. Sebab itulah saya berani kata, kekalahan PAS di Galas turut disumbangkan oleh parti ini.

Tengoklah sendiri isu keluar parti. Takde pun ahli PAS yang keluar parti melainkan pemimpin PKR di Batu Sapi dan Wangsa Maju. Nak atau tidak, sudah tentu ada kesannya kepada dua PRK tersebut..teruskan kesinambungan YB katak dari parti itu yang khianati amanah pengundi..

Justeru itu, jalan terbaik adalah bermuhasabah. Bukannya melenting bila ditegur. Macam Dr Asri tegur yang Anwar dah tak sesuai terajui PR, ada yang bersetuju. Masing-masing ada pandangan sebab mereka sudah cerdik. Bukannya macam zaman feudal dulu.

Oleh itu jika PKR sudah gagal terjemahkan reformasi yang mereka laungkan, tak mustahil satu hari nanti. Akan wujud satu parti dari anak muda dan golongan profesional, yang benar-benar ikhlas untuk menolong rakyat. Dan bukannya mereka yang sentiasa laungkan retorik dan perhambakan sistem paradisme semata-mata..

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"