Jadi Geng OKC

Wednesday, November 24, 2010

Nelayan Desak DAP Bina Jeti Baru

Semalam berita di TV memuatkan isu nasib 24 nelayan Jeti Nelayan di Sungai Gelugor yang majoritinya Melayu mendesak kerajaan DAP diketuai Guan Eng supaya memberikan mereka satu penempatan tetap sebelum bertindak merobohkan penempatan lama mereka di Jeti Sungai Gelugor.

Menurut nelayan di situ , mereka sedia untuk berpindah bagi memberi laluan kepada pembangunan di kawasan penempatan lama sekarang iaitu projek hartanah The Light Waterfront Penang bersebelahan Lebuh Raya JE yang dianggar bernilai jutaan ringgit.

Tetapi mereka juga mahu kerajaan DAP memberi jaminan untuk menyediakan satu penempatan jeti yang tetap dan baru untuk nelayan Sg Gelugor ini dapat menjalankan aktiviti mereka seperti biasa.

Selain itu, mereka juga merungut mengenai penempatan jeti sementara di Batu Uban tidak sesuai kerana arus yang kuat menyebabkan sampan sering pecah terkena batu.Malah mereka mendakwa cadangan LKIM untuk menempatkan lima lagi kumpulan nelayan pantai di sekitar kawasan pulau ke situ kurang bijak kerana ia bakal menimbulkan kesesakan, selain masalah pengurusan.


Lebih teruk lagi , Exco boneka Guan Eng iaitu Malik Abul Kassim ini pernah berjanji kepada mereka bahawa kerajaan negeri akan membina satu jeti baru berhampiran dengan jeti lama sebagai satu jalan penyelesaian. klik di sini

Nampaknya janji yang dicakap oleh konco-konco Guan Eng ini hanyalah janji kosong dan pembohong ! Siapa Malik Kassim untuk minta jeti bernilai RM 400, 000 daripada Ketua Menteri berlidah biawak itu untuk kegunaaan nelayan ini ??? Duit sebanyak itu bagi Guan Eng lebih baik digunakan untuk dasar populisnya yang terkenal seperti beri duit kepada RM 100 setahun kepada warga emas dan ibu tunggal .

Jelas sekali, laungan kerajaan berjiwa rakyat oleh Guan Eng hanyalah satu pembohongan . Tiada pembelaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membela nasib nelayan2 ini yang berdepan tindakan pemaju ini . Malah mereka juga pernah diancam oleh samseng2 yang dikatakan diupah oleh pemaju untuk merobohkan bangsal mereka . klik di sini


Sudah lah nak kena halau , lepas itu kena kencing pulak dengan kerajaan DAP ..

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"