Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, October 14, 2010

Majlis Peguam Perlu Di Rombak


Bukan tidak pernah Bar Council digegar oleh orang-orang Islam yang bersatu tanpa mengira fahaman politik. Forum "Memeluk Islam" yang dianjurkan badan itu pernah diserbu ribuan umat Islam sehari selepas tarikh keramat 08.08.08.

Pada masa itu, jelas di mata penyokong PR yang terdiri dari Melayu busuk perut, bahawa Majlis Peguam tidak bersama mereka. Tetapi kerana Majlis Peguam adalah cabang pembangkang tegar di negara ini, Melayu tak pandai undang-undang tetapi menelan dakyah dengan mudah, kekal dibelakang mereka.

Sedangkan Zulkiflee Nordin, nama prominent bagi seorang pejuang perundangan Islam dalam PKR itu sendiri, genyir dengan Pakatan Rakyat dan menyertai Konsensus Bebas selepas itu.

Tetapi Bar Council tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas peguam naungannya yang tidak beretika seperti Latheefa Koya dan N. Pathmanaban.

Majlis Peguam tidak harus mengiyakan dakwaan dolak dalik busuk hati dan perut mereka ke atas orang Islam yang berbangsa Melayu di sebuah negara yang dibina dari keringat dan air mata orang Melayu.

Majlis Peguam perlu digempur sekali lagi bagi melambangkan rasa tidak puas hati. Mereka perlu didesak untuk bertindak membersihkah profesion guaman.

Majlis Peguamlah yang membentuk peguam-peguam kotor hari ini yang bukan menjalankan amalan guaman atas nama keadilan, tetapi mencari jalan dan loopholes undang-undang bagi melakukan kacau ganggu, penipuan dan pembunuhan kejam.

Majlis Peguam Malaysia sesungguhnya merupakan badan paling kotor, jijik, hina dan hampas perundangan dunia yang tertinggal di tengah Kuala Lumpur.

Pemimpin badan tersebut harus ditukar dan moraliti amalan guaman di Malaysia harus berpaksikan kebenaran dan bukan sebuah penyamaran.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"