Jadi Geng OKC

Monday, October 11, 2010

Gesa Tindakan Tegas Elak Kemalangan Maut

SEREMBAN,11 okt – Orang yang tidak makan nasihat dan ambil lewa dengan apa jua kempen kesedaran jalanraya yang dibuat kerajaan perlu diambil tindakan keras terutamanya yang melibatkan pengangkutan awam.

Demikian tegas Menteri Besar N.Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan kepada media ketika melawat mangsa kejadian ngeri kemalangan jalanraya di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, lewat petang semalam.

Menurut beliau, kerajaan melalui pelbagai agensi telah membuat bermacam-macam kempen dan operasi namun masih lagi terdapat kemalangan yang mengorbankan banyak nyawa.

“Sudah tiba masanya rakyat di negara ini ambil perhatian dengan apa yang berlaku dan jadikan iktibar kerana jalanraya bukannya tempat membunuh diri,” jelas beliau yang mengecam sesetengah pemandu menjadikan jalanraya sebagai medan membunuh diri.

Sementara itu, beliau yang meluangkan masa melawat mangsa-mangsa kemalangan tersebut turut menyatakan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap kepada pihak yang terlibat agar dapat bersabar menghadapi dugaan ini.

Dalam masa yang sama juga beliau turut mehukan pihak Kementerian Pengangkutan Jalan mengkaji semula industri pengangkutan awam ini dari segi piawaian dan pembuatan sesebuah kenderaan awam itu.

“Saya berharap kementerian dapat mengkaji aspek-aspek keselamatan kenderaan awam selain mempertingkatkan lagi undang-undang jalaraya demi keselamatan penumpang dan kenderaan awam yang lain,

“Saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang meninggal dunia. Saya harap keluarga mangsa bersabar dan menerima kenyataan ini,” jelas beliau yang turut menekankan sikap pemandu di negara ini, walaupun kerajaan telah menjalankan banyak kempen keselamatan jalan raya serta operasi dalam memastikan pemandu kenderaan mematuhi peraturan jalan raya, namun kemalangan yang meragut nyawa masih berlaku.

“Kita jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut. Yang penting keselamatan penumpang bas diberikan keutamaan,” katanya.

Sementara itu, turut hadir meninjau perkembangan mangsa ialah Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Kong Cho Ha, Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, Pengarah JKJR, Sureet Singh dan Ketua Polis N.Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Menurut Datuk Seri Kong Cho Ha, siasatan mengenai kejadian sedang dijalankan dan laporan terkini mengenai status syarikat pengangkutan bas terbabit mendapati ianya mula beroperasi sejak 2007.

“Kerajaan sedang membuat pindaan kepada akta pengangkutan untuk memantapkan lagi akta-akta sedia ada dan kementerian menyambut baik cadangan daripada Menteri Besar N.Sembilan untuk mengkaji semula dalam memastikan pembuatan sesebuah kenderaan itu mengikut piawaian yang ditetapkan,” jelas beliau.

Berikutan kejadian itu, pihak Hospital Tuanku Jaafar telah memaklumkan menerima 24 mangsa sehingga jam 10 malam tadi dimana 10 lelaki dan 14 wanita.

Dalam insiden ngeri itu juga pihak media telah dimaklumkan bahawa jumlah kematian sebenar adalah 15 dimana 12 maut ditempat kejadian manakala 3 lagi mati di hospital.

mizie@n9kini.com / Foto: Ismail

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"