Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, September 23, 2010

Melayu Hilang Kuasa Jika Pembangkang Memerintah – Tun M

KUALA LUMPUR 23 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini.

Menurutnya, apa yang di nyatakan bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri pakatan pembangkang, walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

“Kita lihat Nizar (Mohamad Nizar Jamaluddin) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari Dap sehingga di jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya kepada UMNO-online.

Bekas Perdana Menteri itu mengatakan, walaupun Nizar itu mewakili Pas yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.

Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh Keadilan (PKR) bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

“Malangnya UMNO telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapa, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi. – MediaUMNO.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"