Jadi Geng OKC

Friday, August 6, 2010

Kisah Seminggu - Heboh, Kecoh, Kepoh...


Heboh, Kecoh, Kepoh....
Macam-macam lagi cerita yang menjadi buah mulut orang sehingga terpampang spekulasi yang pelbagai dengan corak penglipur yang bermacam rasa dan selera. Itulah sikap dan sifat orang-orang kita jika menghuraikan sesebuah kenyataan.

Semalaman Jejaka memikirkan satu persatu kisah yang keluar di dada akhbar dengan pelbagai reaksi dalam memperkatakan isu.

Buaya Oh Buaya!!!
Sorotan sepanjang minggu ini kita dijamu dengan bermacam-macam kisah. Isnin lalu, kita dihidangkan dengan kisah penemuan seekor buaya yang terdampar dipersisiran pantai Port Dickson yang membawa pelbagai rumusan sehinggakan ada yang celupar mengatakan kawasan perlancongan yang berdekad lamanya dikunjungi sudah tidak selamat lagi.

Bangkai buaya yang mati dipercayai ditembak itu sebenarnya hanyut dari Kuala Sungai Linggi dan tidaklah mustahil ia hanyut terdampar di kawasan Tanjung Agas tempat menarik kaki-kaki pancing menjoran ikan. Namun, siapa yang tembak terus menjadi persoalan...

Lebih menyedihkan apabila Jejaka terbaca satu propa yang mengatakan kewujudan buaya menjadi simbolik tewasnya Umno di Port Dickson. Dalam Aduan Rakyat menerusi saluran prima TV3 pula turut memapar yang bukan-bukan tentang Port Dickson, kononnya sudah tidak selamat lagi..Alahai...buruk betul pemikiran..jahat sungguh telahan.

Heboh, Kecoh, Kepoh...
Tidak habis dengan cerita buaya timbul pula propaganda lain yang tidak kurang hangatnya apabila ada yang sanggup berparang kononnya untuk mempertahankan hak dan empunya barang.

Telinga kecil Jejaka terdengar lagi kekecohan berlaku di kawaan Pasar Besar Seremban, apabila arahan berkuatkuasa dari pemimpin nombor satu N.Sembilan yang melarang sebarang aktiviti penyembelihan ayam di pasar berkenaan sikap buruk peniaga disitu yang langsung tidak mahu8 menjaga kebersihan apatah lagi menjadikan longkang-longkang disitu aternatif terbaik membuang isi perut bangkai ayam dan sebagainya.

Tindakan tidak bertangungjawab ini kalau dilakukan, bukan kata MB yang marah, sesiapapun akan naik angin, sesiapapun akan melenting jika impak tersebut menjejaskan pengaliran di longkang-longkang yang boleh menyebabkan tersumbat dan mendatangkan bau yang kurang enak.

Kini, MB N.Sembilan dengan tegasnya melarang aktiviti penyembelihan di pasar, bagi MB, biarlah orang hendak marah sekalipun kerana tindakan larangan itu adalah satu tindakan wajar dan benar.

Namun, apalah daya kita manusia, keperihatinan pemimpin seumpama itu menjadi buah mulut dan bahan utama pengotor-pengotor yang berniaga sehingga berparang pun sanggup asalkan premis tidak ditutup.

Heboh, Kecoh, Kepoh...
Hebohnya, kecohnya, kepohnya manusia di N.Sembilan ini umpama hebohnya penemuan buaya di Tanjung Agas apabila ada insan muda yang memimpin rakyat dengan lantang menuduh kerajaan N.Sembilan tidak fokus dalam melaksanakan pengagihan bantuan kebajikan di mana menurut amoi muda ini, kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembian tidak membantu kaum cina yang daif dan susah dalam hidup.

Kecoh betul si amoi muda yang cantik ini berkata-kata tanpa menyedari kata-katanya itu sedikit pun tidak mempengaruhi akal dan minda kaumnya sendiri, apatah lagi bangsa jati si amoi itu yang sememangnya mengenali si amoi muda ini masih mentah.

Jika benar kerajaan tidak membantu kaum lain di Malaysia ini, maka Jejaka rasa tidak perlulah wujudnya Biro Pengaduan Awam MCA atau MIC atau apa sahaja pusat komuniti kaum. Dengan jelas kita semua tahu, kerajaan BN hari ini tidak memberi bantuan khusus pada sesebuah kaum kerana dalam konsep 1 Malaysia, tidak kenal orang itu dari bangsa apa, agama apa mahupun warna kulit kerana setiap bantuan akan diberikan kepada yang layak tanpa mengenal kaum dan agama selagi mereka itu rakyat Malaysia.

Heboh, Kecoh, Kepoh....
Perihal yang hari-hari akan menjamah deria pendengaran kita selagi kita berselera menjamu hidangan itu..Yang pasti huraian di atas bukti sifat dan sikap manusia yang tidak pernah sempurna penerimaan harian dalam apa jua bentuk penyampaian..yang letih dan bosan tentulah ketua-ketua kehidupan yang dipaksa dan terpaksa menjamah hidangan rakyat yang berperangai pelik dan jelik.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"