Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Tuesday, August 17, 2010

DALAM DIAM PAS & PKR BERCAKARAN

Dari dulu lagi PAS kata Anwar itu 'Ahlul Neraka' dan jika bersama Anwar bererti kita bersama-sama Anwar akan ke neraka. PAS tak kan berpatah balik dari prinsipnya. Lakonan sedang berjalan. Cina dan India sokong PAS bukan kerana PAS tetapi kerana Anwar, tapi PAS nampak Anwar memang bahayakan Islam. Ini buktinya bahawa PAS telah mula membelakangkan Anwar :

BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos: PAS akan menerajui dan merealisasikan aspirasi serta cita-cita besar Presiden dan parti untuk menjadikan langkah ke Putrajaya sebagai satu realiti dan bukannya dongengan semata-mata.


( korang baca kenyataan Salahuddin ni ...dia kata bukan dongengan semata-mata. dia tuju pada siapa ni??? jawab PKR, jawab Anwar? (Nak aku tolong jawabkan? Dia tuju pada Anwar yang kuat angan-angan la..!!!!)


Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa menyampaikan ucapan pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nadhoh, Penanti.

Beliau juga berkata, dalam era globalisasi kini PAS harus dilihat sebagai sebuah parti yang jelas sedang menuju ke arah perjuangan universal yang memperjuangkan keadilan untuk semua.

"Waktu ini adalah masa untuk kita membuktikan bahawa PAS semakin penting dan mampu untuk menjadi sebuah parti yang proaktif, progresif serta tidak berfikiran konvensional.

(haha ...terbukti dah Naib Presiden PAS tu tempelak PKR dan DAP!)

"Masyarakat juga sedang melihat dan bertanya apakah PAS serius dan mampu untuk merealisasikan cita-cita besar ini," katanya. Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS bukan lagi sebuah parti kecil yang bersifat kedaerahan atau kenegerian.

(sedar pun PAS ni satu parti yang tidak ada kenegerian..suma main hentam kromo jer..)

Sebaliknya, semua ahli PAS harus mengubah persepsi masyarakat bagi melihat parti itu sebagai sebuah kuasa yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat dalam skop yang lebih luas dan positif.

Tambahnya lagi, PAS harus memandang ke belakang sebagai sempadan dan melihat perjuangan serta perit jerih pemimpin yang lalu bagi membina sebuah perjuangan yang sekarang ini telah berjaya melayari bahtera untuk menuju ke Putrajaya.

Sehubungan itu, katanya maka ahli PAS harus menjadikan gerakan Islam yang selama ini menjadi teras perjuangan digarap dan berhadapan dengan rakyat untuk membawa negara ini ke mercu jaya yang menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang disegani bersama dengan rakan-rakan seperti PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

KESIMPULAN : PAS dan PKR sedang ranap. Sayang Dalam Tersurat - Dendam Kesumat Dalam Tersirat... Siapa yang akan tikam siapa ?

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"