Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Friday, July 2, 2010

Anwar, tokoh Yahudi intim

KUALA LUMPUR - Kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana, baru-baru ini, jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan itu memang intim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau meminta rakyat menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang itu.

“Jelas terbukti, jadi kita harus buat pertimbangan apakah sebenar politik Anwar ini, untuk apa dia berjuang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu yang mengatakan Anwar berada di Washington beberapa hari minggu lalu, untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti “pencerobohan zionis”.

Akhbar itu menyebut Anwar sertai tunjuk perasaan luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini, dan sehelai bendera Israel dibakar dan buat sindiran pedas mengenai sebuah firma perhubungan awam berpejabat di Washington menurutnya 'dikuasai Yahudi' Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh Kerajaan Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Anwar tanpa segan silu ke negara itu memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin menimbulkan tidak puas hati kalangan rakannya itu.

“Sebab itu bila dia rasa dia sudah lakukan kesilapan, dia buat kenyataan itu dia cukup bimbang kalau-kalau sahabat dia di sana bukan saja tidak puas hati mungkin akan marah,” katanya.

“Ia jelas hubungan rapat antara Anwar dengan kumpulan yang dikatakan pro-Zionis atau pro-Yahudi itu, terserah pada rakyat buat pertimbangan apakah sebenar Anwar Ibrahim itu,” katanya.
sumber: sinar harian

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"