Jadi Geng OKC

Thursday, June 17, 2010

Perpaduan Dua Pemimpin Membawa Kejayaan Rally 1 Malaysia

oleh: Tepak Bersulam

Rally 1 Malaysia Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung di Putra Jaya minggu lalu memang hebat walaupun adalah seorang dia suara yang memang sumbang mengkritik kerana ramai belia yang dapat dikumpulkan. Ada yang kata belia ini dikumpulkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali yang juga orang no 2 Pemuda UMNO Malaysia.

Jika benar , tahniahlah Datuk Razali dan tahniah juga kepada YB Khairy Jamaluddin kerana berjaya melaksanakan tugas ini dengan baik. Team work yang ditunjukkan oleh Pemimpin no 1 dan No 2 Pemuda UMNO itu amat baik sekali . Pembahagian kerja yang tepat bagi mencapai satu matlamat di bawah satu panji Pemuda UMNO Malaysia. Hebat persefahaman mereka ini dan persefahaman sebeginilah yang akan mengukuhkan lagi pemuda UMNO Malaysia.

Saya memang mengagumi cara kedua-dua Pemimpin muda UMNO ini menjalankan tugas dan kerjasama beliau perlu dicontohi oleh Pemuda UMNO Malaysia. Hindari langau-langau yang cuba menjatuhkan atau menggugat perpaduan kedua-dua pemimpin muda ini. Sekali lagi Syabas kepada Rally 1 Malaysia yang telah mengumpulkan 15 ribu pemuda & belia di bawah satu bumbung dan telah berjaya mengumpulkan pemimpin no. 1 dan no. 2 serta mantan PM dan mantan Ketua Pemuda UMNO

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"