Jadi Geng OKC

Wednesday, June 23, 2010

Parti Mana Jadi Pilihan? Dr. Mohd Asri Kini Rebutan..

Jika dalam bolasepak piala dunia, pasukan pilihan ramai tentulah Brazil, tetapi dalam liga politik Negara lain pula halnya. Secara tiba-tiba nama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menjadi sebutan dikalangan ahli-ahli politik dimana khabarnya Dr. Muda itu akan beralih pandang kepada politik. Maka hari ini kita dihidangkan dengan jamuan kisah tentang parti manakah yang menjadi pilihan Dr Asri.

Dalam bingkisan dari akhbar menyebut bahawa Dr. Asri berkemungkinan menyertai UMNO bersama-sama seratus lagi Ulama’ yang akan turut serta bersama-sama beliau menyertai UMNO. Jika benar seperti dilaporkan maka pilihan Dr. Asri tepat demi perjuangan bangsa dan agama.

Namun, bilamana berita itu dilaporkan maka keluarlah pula kenyataan dari fahaman yang kurang faham. Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali berpendapat, lebih wajar bagi pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu tidak menyertai Umno bagi mengembangkan ilmu agamanya.

Nah! Ini satu tamparan hebat buat Dr. Mohd Asri dalam membuat keputusan. Kenapa perlu dihalang niatnya untuk berjuang dalam arena politik? Adakah tepat seperti Dr. Lo’Lo’ yang mengatakan jika beliau sertai parti politik, beliau tidak boleh menjadi pensyarah. Banyak ilmu beliau perlu dikembangkan kepada anak-anak muda. Selain itu, beliau juga tidak akan ada kebebasan untuk bersuara kepada semua pihak. Jadi lebih baik dia tidak menyertai parti politik?

Pendapat Ahli Parlimen Titiwangsa itu jelas menunjukkan Pakatan Rakyat sebenarnya sudah merasakan bahang kejatuhan bahkan takut jika benar-benar Dr. Mohd Asri akan sertai UMNO.

Manakala kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin pula membuktikan Pakatan juga sebenarnya mengidamkan Dr. Asri sertai mereka dan kenyataan Zuraida begitu yakin beliau akan sertai PKR membuatkan kisah ini makin lucu.

Mahukah Dr. Mohd Asri sertai PKR yang diketuai seorang peliwat? Sudikah beliau berjuang bersama PAS yang menghalalkan Judi? Atau sanggupkah beliau bersama-sama pemimpin melayu UMNO berjuang mempertahankan agama,bangsa dan maruah Negara? Mungkinkah Jumaat ini penentu aliran manakah menjadi pilihan Dr. Asri? Sama-samalah kita nantikan..



No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"