Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, June 17, 2010

Nik Aziz Yakin Dengan Anwar Hingga Lupa Hadi Awang

Oleh: Jejaka

Kenyataan Mursyidul Am PAS kali ini betul-betul buat ramai orang tersentap bahkan yang berakal pula pasti tergelak mendengar Tok Guru kembali mengarut dan nyanyuk. Tidak tahulah berapa ramai yang sudah kena tipu kali ini tetapi kalau difikirkan tentang Lebai-lebai PAS ini, mereka bukanlah cerdik mana pun, maka kita tidak perlulah hairan bin ajaib sangat jika tertipu.

Arakian tersebutnya fakta ini maka moleklah kita bertanya sekali lagi kepada diri kita ini samada kita boleh percaya atau tidak tentang kenyataan Lebai Nik Ajis yang memberitahu kepada umum bahawasanya beliau tidak mahu jadi orang no.1 pakatan pembangkang kerana merasakan Penasihat PKR lebih layak berbanding beliau.

Jika di imbas kenyataan media, Nik Aziz mengatakan “Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang yang paling layak ialah Anwar Ibrahim sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia..” (Mungkin Anwar juga lulus bab ujian Moral) tapi, Nik Aziz kita sarankan berjumpa doktor untuk ujian MRI. Almaklumlah, pada usia sebegini skruktur otak mungkin sudah banyak yang tidak berfungsi apatah lagi sudah 29 tahun digunakan menjadi MB.

Tentunya ramai yang ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘ujian’ yang telah dilalui Ketua Pembangkang itu? Apakah disebabkan Anwar pernah masuk jel dia lulus? Bukankah Anwar ini dipenjarakan atas kesalahannya meliwat orang?

Manakala dia dibebaskan bukan kerana dia tidak bersalah, sebaliknya kerana kesilapan remeh semasa penghakiman sedangkan 3 Hakim Mahkamah Rayuan sepakat mengatkan Anwar memang terlibat dengan aktiviti meliwat. Malahan, sel penjara menempatkan Anwar itu jauh lebih istimewa daripada kesalahan sama yang dilakukan orang lain. Jauh benar kalau hendak dibandingkan dengan ujian Mandela..

Apakah Nik Aziz memikirkan Anwar ini layak kerana kes kedua beliau yang boleh dijadikan rekod dalam Malaysia Book Of Record? Dimana Anwar bebas menghina mahkamah secara terbuka dengan mencanang kesnya yang masih dalam perbicaraan di ceramah-ceramah haram beliau sedangkan mangsa kerakusan nafsu si al-jubori ini meratapi nasib tanpa peluang sedemikian rupa. Justeru, waraslah jika kita suruh pakar otak buat MRI pada Lebai Nik Aziz.

Yang peliknya, kenapa Nik Aziz tidak sebut nama Hadi Awang atau mencadangkan Hadi Awang sahaja menjadi Ketua Pakatan? Kenapa mesti Anwar? Nampak sangat si tua ulamak selipar ini busuk hati dengan Hj.Hadi, tak habis-habis dengan dendamnya. Apa salahnya jika Hj.Hadi Awang jadi ketua Pakatan Rakyat daripada Anwar yang terang-terang meliwat orang.

Berhubung penolakkan Nik Aziz untuk mengetuai Pakatan Rakyat, sebenarnya Nik Aziz ini memang tidak layak pun..kerana orang tua ini tentu terfikir adakah dirinya betul-betul diterima oleh semua kepimpinan parti KIASURACIST Laknatullah? (pinjam istilah YB Zul- Kulim) jika dipilih sebagai orang no.1 pakatan pembangkang? Adakah kepimpinan PR rela mengikut corak pimpinan Tuan Guru yang terang-terang mereka tahu Nik Aziz sebenarnya gagal menjadi Menteri Besar di Kelantan?

Atas dasar kesedaran terhadap kebolehan dirilah yang menjadikan Nik Aziz mengaku tidak mahu jadi orang no.1 dalam PR sebab sesiapa yang ingin menjadi orang no.1 dalam PR, harus relakan diri diperkudakan oleh kepimpinan KIASU RACIST La’anatullah tersebut. Sudah tentu mereka dari parti bukan islam tidak rela duduk dibawah ketiak Nik Aziz sebab bagi mereka kalau hendak berketuakan pemimpin melayu sekalipun, biarlah memilih orang yang ramai penyokong dan mempunyai hubungan dengan Negara luar. Jika pemimpin melayu itu ada masalah, lagilah mereka suka kerana senang untuk memperkudakan pemimpin melayu itu dengan sesuka hati mereka.

Tetapi sayang..Lebai-lebai PAS merasakan kononnya Tok Guru mereka seorang yang merendah diri, low profile..humble atau sebagainya.Walhal, temberang orang tua itu sudah lama diperhatikan oleh kumpulan sendiri. Jika benar ikhlas Nik Aziz seorang yang merendah diri, kenapa tidak berundur dan enggan lepaskan jawatan MB Kelantan bilamana terbukti gagal membawa Kelantan sebagai negeri Islam yang maju?

Berapa lama lagilah agaknya Nik Aziz hendak melekat di kerusi empuk pejabat MB tu.. makan gaji buta? Rendah diri ke namanya itu? Itu tidak kira lagi kronisme anak-beranak beliau dalam PMBK dan Kerajaan Negeri. Penyokong PAS kalau hendak katakan Nik Aziz seorang yang merendah diri pun kenalah ingat juga, nak bandingkan Nik Aziz dengan Mahatma Ghandi, memang jauh panggang dari api.Mahatma Ghandi jalan kaki je, mana ada naik Mercedes..

sumber: House PK



No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"