Jadi Geng OKC

Thursday, June 10, 2010

MP ‘bergaduh’ di tempat rehat Dewan Rakyat


Mereka memaki BN celaka, Umno celaka. Itulah perkataaan yang boleh diibaratkan seperti tiada akal fikiran yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang kepada wakil pemimpin kerajaan iaitu MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat.

Beliau juga menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa beliau ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolaknya.

Oleh yang demikian MP Kinabatangan , Datuk Bung Moktar Radin dari Umno telah memfailkan satu usul mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.Beliau juga mendakwa ‘orang luar’ berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan. Oleh kerana jumlah mereka yang terlalu ramai,beliau mengambil keputusan untuk berundur.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"