Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Wednesday, June 23, 2010

Kalangan Badut-badut Hingusan PAS Bezakan ‘ARAK lain – JUDI lain’

Perdana Menteri baru-baru ini telah mengarahkan kepada kesemua pucuk pimpinan Barisan Nasional agar tidak leka dan bertelagah sesama sendiri bahkan PM mahukan barisan kepimpinan BN menyerang kembali segala tuduhan dan provokasi pembangkang tanpa rasa takut.

Contoh lima sahabat yang boleh kita ikuti keberanian mereka adalah bekas-bekas Ahli Parlimen PKR yang kini dibawah konsensus Bebas. Walaupun mereka hanya berlima namun serangan demi serangan yang dihamburkan kepada pakatan pembangkang membuatkan mereka gelisah dan tidak senang duduk di Dewan Rakyat.

Pelbagai serangan telah dilancarkan kepada pembangkang sehinggakan ‘otai’ mereka pun tidak dapat membalas serangan lima pendekar ini. Jika Anwar beriya-iya menuduh lima pendekar bebas ini mendapat habuan RM 2 juta seorang, namun tak seorang pun dari mereka merasa panas punggung dengan dakwaan tersebut malah kelima-lima pendekar Bebas ini terus rilek bersahaja sambil tidak henti-henti membedil pembangkang.

Jika isu ADUN Bukit Lanjan Anwar naik jenuh hendak menafikan itu dan ini, kini ramai pula yang tidak sabar untuk mendengar alasan Anwar pula mengenai isu lesen judi. Pembangkang sibuk mempersoalkan isu lesen judi termasuklah otai tua dari Kelantan tu..tetapi mereka lupa bagaimana Anwar pujaan si tua itu meluluskan lesen judi di Sabah ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu? Pastinya ramai ternanti-nanti reaksi Penasihat PKR itu apabila isu ini dibangkitkan Wee Choo Keong.

Tidak kurang hebatnya apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula menghuraikan dengan jelas terhadap isu arak dan judi seperti yang dibangkitkan Wee.

Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenyataan mengenai "fatwa" (sebenarnya kenyataan) yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19.11.1992 mengenai lesen arak di Kelantan. Menurut Wee, Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan saperti berikut:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya".

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 26.11.1994, semasa timbul isu mereka yang mengkritik pengeluaran lesen arak di Kelantan dan pengambilan hasil cukai arak oleh Kerajaan Kelantan, Nik Aziz pula menjawab, Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan.

“Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

Mengikut statistik, sebanyak 40 lesen arak telah dikeluarkan di Kelantan setakat ini. dan kita semua tahu, arak itu adalah "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat!!

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?

Persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram!

Apa yang mengejutkan, semasa isu dibangkitkan oleh Wee Choo Keong (Wangsa Maju), ada dikalangan badut-badut ingusan berkata "arak lain, judi lain"!? Ada yang lagi teruk mengatakan "arak dihalalkan oleh agama lain, tapi judi diharamkan!?".

Pada saya, arak dan judi sama sahaja hukumnya haram. Malahan arak lebih serius kerana ianya "ummul qoba-is"- ibu segala maksiat. Samada judi atau arak, kerajaan pusat atau negeri sepatutnya mengambil langkah menghapuskannya samasekali, bukan memperlesenkannya. Mencegah lebih baik daripada mengubat.
Dalam isu lesen pertaruhan bola ini. Sewajarnya memperlesenkan pertaruhan bola ini tidak sepatutnya dibenarkan. Sukan tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan. Sukan adalah sukan.

Tanggungjawab Kerajaan, pusat atau negeri, bukan memperlesenkan judi atau arak, tetapi hendaklah ianya dibenteras. Memperlesenkan judibola atau arak samalah dengan menggalakkan aktiviti judi dan arak. Kelak nanti satu hari sukan bola akan dikaitkan dengan judi, sama saperti sukan lumba kuda. Sedangkan riadhah berkuda adalah sunnah Rasulullah!

Begitu jugalah arak. Arak ini ibu segala maksiat. Memperlesenkan arak samalah dengan menggalakkan peminuman arak. Kalau peminum arak dikalangan bukan Islam nak minum, biarkan mereka minum dirumah mereka,atau ditempat persendirian mereka. Kita (maksudnya orang Islam) tidak boleh menghalang bukan Islam minum arak, dan kita tidak sepatutnya mengambil keuntungan atau hasil kewangan daripadanya.

Disinilah maksud apa juga pendirian atau wadah politik kita, Islam mesti didahulukan. Kalau sesuatu itu bercanggah dengan Islam, ia tetap bercanggah tidak kira di wadah mana kita berada. Kita mesti berani menyatakan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Satu aqidah pelbagai wadah. Inilah namanya istiqomah. Sebab itu kita berdoa "aamantu billah, summastaqim". Aku beriman dengan ALLAH, dan aku beristiqomah.

Yang paling dikesalkan, sudah muncul segelintir suara-suara sumbang yang mencari alasan dan justifikasi untuk menyatakan hasil arak itu halal, tapi hasil judi itu haram. Siap dengan beralaskan ayat quran dan sunnah. Astaghfirullah, ramai yang mengurut dada mendengar lebai-lebai ketayap ini mempermain-mainkan agamanya.



No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"