Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Wednesday, June 16, 2010

Giliran ADUN Malim Nawar Pula Melompat



Seorang lagi ADUN di Perak angkat kaki. Kali ini keputusan meninggalkan parti DAP merupakan satu tindakan bijak bagi Keshvinder A/L Kasmir Singh yang begitu kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat kerana agenda politik PR itu lebih kepada cakap-cakap kosong sehinggakan tiada langsung lekat dihati untuk menabur bakti kepada rakyat dan lupa kepada tugas dan tangungjawab yang diberikan rakyat.

ADUN Malin Nawar itu juga menegaskan pendirian beliau berpalin tadah untuk keluar daripada parti DAP adalah disebabkan rasa tangungjawab kepada rakyat khususnya di Perak kerana selama menjadi wakil rakyat, beliau merasakan khidmat kepada masyarakat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna jikalau pimpinan DAP masih asyik berpolitik tanpa mengambil kira situasi rakyat yang perlu dibela.

Atas dasar kecewa dan tertarik kepada corak kepimpinan yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Keshvinder nekad keluar dari kepompong DAP yang lapuk dan tidak bertamadun itu demi membela nasib rakyat.

Keshvinder juga berkata, beliau tidak menghadapi tekanan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan itu.Dengan tegas beliau mengakui telah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

Beliau juga tertarik dan yakin dengan corak serta cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang menurutnya merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia selain mengakui dan yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, berpaling tadah awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang. Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula 4 orang.

Jelaslah kini, DAP kebangsaan dan negeri gagal membantu ADUN mereka dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat kerana bagi pucuk pimpinan DAP apa yang mereka tahu adalah memerintah tetapi tidak tahu bagaimana menjalankan tugas dan amanah yang diberi oleh rakyat.

Tentunya dengan isu yang kita dengar hari ini pasti akan dimainkan oleh pembangkang dalam kancah politik mereka dan pastinya akan kedengaran tuduhan kononnya Keshvinder dan yang lain melompat parti kerana mendapat imbuhan atau tawaran istimewa daripada pihak BN. Kalau tidak percaya kita tunggu sahaja komen DAP dan Pakatan Pembangkang yang lain..aduhai politik...

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"