Jadi Geng OKC

Wednesday, June 2, 2010


Biar pun ia agak pelik, namun inilah realiti yang berlaku sekarang.
Selepas diharamkan hampir 17 tahun lalu, kini sukan snuker sudah
dibenarkan di Kelantan.

Ini selaras dengan tindakan kerajaan Pusat tidak lagi mengkategorikan
snuker sebagai hiburan, sebaliknya sebagai sebahagian daripada acara
sukan.

Kejohanan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 18 Ogos ini. Ia
akan diadakan di Pusat Snuker KB Mall, yang julungkali diadakan di
Kelantan.

Presiden Persatuan Snuker dan Billiard Kelantan, Azmi Mashyah Ishak
berkata, Kejohanan itu diadakan bertujuan mengelakkan remaja daripada terjebak
dengan gejala tidak sihat.

“Kita tidak mahu mereka terjebak dengan kumpulan mat rempit,
berpeleseran dan lepak, sebaliknya menumpukan masa dan minda dengan
sukan snuker.

"Ini kerana program yang kita adakan lebih tertumpu kepada kegiatan
sukan dan bukannya perjudian,” ujarnya pada persidangan media di sini,
hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu, Setiausaha Persatuan Snuker dan
Billiard Kelantan, Hu Pang Chaw dan Presiden Persatuan Snuker dan
Billiard Kota Bharu, Kevin Poh.

Azmi berkata, kesediaan Menteri Besar hadir merasmikan kejohanan itu
membuktikan keterbukaan kerajaan negeri terhadap acara sukan tersebut.

Selain itu membuktikan tiada unsur perjudian dan perkara negetif lain
sepanjang kejohanan itu diadakan.

PERCAYA KE? BILA SNOOKER DAH ADA BALIK DI KELANTAN, TAK MUSTAHIL LEPAS NI RAMAI LER BELIA2 PAS KELANTAN MASUK PUASAT SNOOKER MAIN 'LUCKY BALL' Hehehehehe...Haprak punya LAW pas bikin..

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"