Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, May 27, 2010

Mengapa Perlu Suruhanjaya?? Khalid Samad Merapu Lagi...



Semalam Jejaka menonton tv terpapar berita mengenai perbincangan dan rundingan dua negara antara Malaysia dan Singapura yang akhirnya mencapai kata sepakat tanpa merugikan atau menyusahkan mana-mana pihak antara dua negara serumpun ini.

Tapi..bila Jejaka terbaca pula laporan di sebuah laman web pro-pembangkang, tersentap juga hati Jejaka bila kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mana secara terusan umpama melabelkan pihak kerajaan mengkhianati kerajaan sendiri?

Apa yang menarik perhatian Jejaka, dengan langkah spontan pula Khalid menyeru agar di bentuk satu Suruhanjaya bagi menyiasat tindak-tanduk kerajaan yang kononnya mengapa kerajaan menjual tanah milik KTMB kepada Singapura dan penyerahan semula beberapa Blok Petroleum kepada Brunei.Mungkin isu ini agak sensitif bagi mereka yang tidak tahu dan mungkin inilah topik dan bahan yang akan dijaja oleh parti-parti politik pembangkang seperti PKR, PAS & DAP.

Khalid juga memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam kedua-dua kes tersebut. Beliau juga khuatir ada urusan bawah meja atau ada rundingan disebalik tirai yang menyebabkan ianya dipersetujui.Kononnya segala urusan mendapat nasihat dari firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan yakni, APCO. Tetapi hakikatnya beliau tidak berpuas hati kerana keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak dibawa ke Parlimen dan amarah beliaulah yang memaksa keluarnya cadangan kolot agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat isu berkenaan.

Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, Khalid tetap tidak berpuas hati kononnya tiada rundingan antara pemimpin dalam Parlimen untuk memberi pandangan mahupun bantahan sebelum apa-apa keputusan dibuat dengan alasan tanah berkenaan juga hak milik rakyat.

Hal inilah yang mendapat perhatian dan penjelasan dari Menteri Pengangkutan sendiri dalam sidang medianya. Beliau telah menjelaskan perihal tanah yang sejak sekian lama tidak dibangunkan itu diserahkan. Menurut beliau, tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Singapura tidak boleh dibangunkan sebelum ini berikutan wujud sekatan bagi penggunaan tanah itu.

"Kebelakangan ini juga terdapat ramai media dan blogger yang tertanya-tanya tentang tapak tanah itu.Mungkin mereka samar-samar tentang adanya sekatan penggunaan tanah berkenaan,” katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat pascakabinet di kementeriannya di sini.

Sekatan yang dimaksudkan adalah tapak tanah itu hanya boleh digunakan bagi tujuan perkeretaapian.Jika tapak tanah itu digunakan bagi kegunaan lain selain dari perkeretaapian, ia bukan saja disekat, malah ia tidak dibenarkan mengikut perjanjian sedia ada.Malahan kalau itu berlaku ia juga bermaksud KTMB akan kehilangan tapak itu. Kita tidak berbuat demikian sebab kita patuhi perjanjian sedia ada.

Ahad lalu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.anah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd. yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Apakah perkara ini masih belum jelas pada Khalid yang sentiasa membangkang selagi termampu? Atau beliau kecil hati kerana tidak dibawa ke Parlimen sebab dah cukup gian untuk berdebat??

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"