Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Tuesday, September 1, 2009

Minta Tolong DAP Lagi Bagus daripada UMNO...??

hai...Salam Ramadhan,

Kali ni, Jejaka nak bicara dan berkongsi cerita buat semua yang sudi membaca rentetan sepanjang perjalanan Jejaka menjadi pemerhati ragam manusia ni..hehehehe...macam pakar je bunyinya kan?
Baiklah, Jejaka nak bercerita di mana pada suatu petang dalam bulan Ramadhan ni, kebanyakan orang akan berpusu-pusu pegi ke Bazaar Ramadhan sebab di situlah bertimbun-timbun makanan.

Dengan tidak semena-mena, Jejaka telah bertemu dengan kawan lama Jejaka.Apa yang di maklumkan pada Jejaka, beliau kini bekerja sepenuh masa sebagai Petani Moden.Maka Jejaka pun bertanyalah pada sahabat ni..apakah bidang projek pertanian yang dilakukannya itu?
" Menanam Tebu" jelasnya.

Baguslah tu jika ramai anak muda generasi sekarang yang masih berminat untuk bertani macam sahabat Jejaka ni.Tetapi di sebalik kejayaan yang masih dalam proses penumbuhan tu...ada jugak rupanya cerita-cerita yang tak sedap mkita dengar mengenai proses penjagaan tanaman tebu tersebut..

Maklumlah kan...Jejaka ni bukan boleh dengar cerita-cerita yang boleh membangkitkan 'hangin' satu badan ni..Jadi, Jejaka pun tnayalah kepada sahabat Jejaka ni...

"Apa pulak yang tak kena lagi?"

"biasalah Jejaka oii...memang perkara ni dah bertahun-tahun berlaku dalam kawasan ni tapi..takder sorang pun yang nak ketengahkan..." balasnya dengan muka sememeh..huhu..

"Yelah..tapi apa yang problemnya bila buat tanam tebu ni?," Jejaka cuba korek cerita lagi...

"Ni ha..tentang bantuan..kau tahu je lah kan..baru-baru ni kerajaan umumkan bantuan untuk belia di negara kita ni telah diperuntukkan bagi apa jua bidang yang ingin dibuat..janji mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan.."

"betul..betul..betul.." saya berseloroh.

"Jadi, sampai la ni aku dok tunggu bantuan yang dijanjikan oleh pihak JBSNS ni..hampeh!! dah 2 kali tebang tebu aku tu..bantuannya tak gak sampai-sampai..bila ditanya,diorang cakap bantuan dah di agihkan tapi kenapa tak sampai ke tangan aku?"

So, dipendekkan citer..kawan sorang ni pun stop r wat jobs tanam tebu atas nama belia ni...dia sekarang still la wat projek tanam tebu ni tapi bukan lagi terikat dengan kerajaan macam yang memula dia buat dulu tapi kali ni terikat dengan Tauke Cina yang lebih adil, prihatin dan berjiwa petani macam yang orang-orang kg, ndak..

Kesimpulan Jejaka senang je...macam yang diorang cakap, lebih baik minta tolong kat cina DAP dari minta tolong kat melayu UMNO, katanyalah...
Alasan yang Jejaka sendiri tak dapat nak jawab..tapi tak tahulah kot-kot para Menteri kita yang bijak pandai tu bleh jawab pulak..

"Minta tolong kat Cina lagi senang daripada Melayu, takder selindung2 takder nak tapis2..sampai subsidi pun orang2 dalam nak makan gak..."

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"